Blogger Templates

Followers

My Shout~

Wednesday, September 28, 2011

Ceria Aidilfitri MAHB

::Ceria Airidlfitri Malaysia Airports::

SEPANG
– Malaysia Airports terus mengeratkan hubungan di antara kakitangannya melalui majlis Ceria Aidilfitri, yang memberi peluang kepada warga kerjanya untuk berkumpul dan beramah mesra di bawah satu bumbung.

Tan Sri Datuk Dr Aris Othman, Pengerusi Malaysia Airports menyatakan, “Majlis seumpama ini dilihat sebagai salah satu cara yang efektif bagi melaksanakan usaha ‘employee engagement’ kami. Melalui majlis ini, semua warga kerja Malaysia Airports yang terdiri daripada berbilang kaum dan berlainan tugas mendapat peluang untuk berkenalan atau mengeratkan silaturrahim, ke arah mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni.”

Tan Sri Aris juga menyatakan, “Selain itu, acara ini juga dapat meningkatkan lagi interaksi di antara majikan dan pekerja, di samping memperkuatkan rasa setia dan kecintaan kepada Syarikat. Setiap aktiviti yang diatur untuk majlis Ceria Aidilfitri ini, seperti memberi duit raya dan juga persembahan kombo yang terdiri daripada kakitangan Malaysia Airports, secara langsung menjadi landasan mengeratkan hubungan sesama warga kerja.”

Hampir 2,000 warga kerja Malaysia Airports hadir pada majlis Ceria Aidilfitri ini dan dihidangkan dengan juadah Hari Raya Aidilfitri seperti ketupat, lemang dan kuih muih tradisional, selain persembahan lagu-lagu Hari Raya yang dipersembahkan oleh Kombo Malaysia Airports.

Malaysia Airports juga meneruskan tradisinya berkongsi kegembiraan Hari Raya Aidilfitri bersama golongan kurang bernasib baik dengan meraikan seramai 40 orang anak-anak yatim dan miskin. Anak-anak yatim dan miskin tersebut adalah daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Olak Lempit, Banting yang menerima sumbangan duit raya dan cenderahati daripada Malaysia Airports serta coklat sumbangan Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd. atau Eraman, anak syarikat Malaysia Airports, yang disampaikan oleh Tan Sri Aris.





TanSri dgn MD tgh bagi duit rayerr~~



best2







Puan Sri MD



























Alhamdulilah rezeki makan free hehe^^setiap tahun bole mkn free hihi

No comments: