Blogger Templates

Followers

My Shout~

Wednesday, August 10, 2011

Puding Roti~

Mesti ada org buang roti cmtu jer kan ?maklumlah bulan2 puasa nie xde sape nk mkn...mmm aritu irny pun cmtu gak dah 2-3 ari roti tuh duduk cmtu jer xde sape mkn..expired date dh nk dekat nanti buang jer..so daripada buang baik irny buat puding roti bole la wat pencuci mulut time berbuka nanti^^

::Puding Roti ::


Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

6-8 keping roti

margerin secukupnya

4 biji telur saiz A

1 tin susu sejat/ cair

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan kismis

1 sudu teh esen vanilla

sedikit serbuk kulit kayu manis- jika suka

Cara-cara membuatnya:

1. Lenserkan loyang segi empat panjang dengan margerin. Sapukan roti dengan margerin di satu bahagian sahaja. Susunkan ke dalam loyang. Buat hingga habis.

2. Pukul telur dengan gula hingga gula hancur. Perlahan-lahan, masukkan susu cair dan akhirnya masukkan esen vanilla.

3. Tuangkan ke atas roti, biar rata. Taburkan kismis.

4. Ketepikan 15 minit supaya ia meresap ke dalam kepingan roti.

5. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celcius. Bakar puding roti menggunakan api atas dan

bawah selama 30 minit atau puding keperangan dan berbau harum.

6. Sejukkan dan sedia dihidang.

Sos

2 Sudu tepung kastard

1 Tin susu sejat

Sedikit gula

Kacau tepung kastard + susu hingga larut.Panaskan susu yang selebihnya.masukan susu + tepung td kacau hingga pekat dan masukan gula secukup rasa.Jika terlalu pekat boleh tambahkan susu segar atau air^^

Nie kuih ape yer??adasape2 tahu x?..cantik hehe





tata~


No comments: