Blogger Templates

Followers

My Shout~

Saturday, November 20, 2010

Air Asia X Promotion

::Air Asia X Promotion ::

AirAsia X akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Orly, Paris!yay

Bersedialah untuk jatuh cinta dengan Paris kerana AirAsia X akan tiba di Perancis tidak lama lagi!yayyy...

Paris ialah kota cinta, begitulah yang digambarkan dalam kebanyakan filem. Tetapi kota yang dihuni lebih 11 juta penduduk ini bukanlah sekadar bayangan keindahan yang tergambar dalam filem Hollywood. Di sebalik keasyikan aura cinta, tersedia sebuah bandar sibuk yang menyajikan pertunjukan kabaret Moulin Rouge yang lemah-gemalai, gereja besar Notre Dame yang aneh, monumen Arc de Triomphe yang tersergam megah, muzium seni Lourve yang menakjubkan dan menawan hati, serta tidak ketinggalan Menara Eiffel yang paling diingati dan sering dijadikan model cenderahati.


Keseronokan tersebut tidak terhenti setakat kegemilangan masa silam itu sahaja, malahan tarikan masa kini juga menanti di sini. Champs-Elysées ialah sebuah jalan di Paris yang menjadi buah mulut orang, dan kaki beli-belah di seluruh dunia pasti tidak dapat menahan godaan untuk melawati tempat ini dan berbelanja sakan. Sebut saja nama pereka dan jenama terbaik yang terlintas di benak anda dari serata Paris, Eropah, malah Asia; semuanya ada di sini daripada kafling hinggalah kereta. Nikmat beli-belah di Paris bukan hanya dinikmati oleh pengunjung ke kota ini, bahkan oleh penduduk Paris sendiri yang memang terkenal di Eropah sebagai warga yang pandai bergaya.

Haha yea2 jer promote cm dpt pegi heee..tp best la murah jer..irny dh survey dgn abah aritu ingat nk g korea tp sebab dh pegi aritu so x jd la..kalau nk pegi bole arr thn depan g Paris ,22hb nie baru bukak offer dia.. sooo esk leh skodeng2 lg dgn abah hehe..harap2 Paris will be our next family vacation ^^ aminnnn...

#arini ader rasa x best skit la..adess berpikir ja kerjanya otak nie..

No comments: