Blogger Templates

Followers

My Shout~

Sunday, November 28, 2010

Selamat Pengantin Baru >> Rasdi Vs Akhma (281110)

::Selamat Pengantin Baru::

Haha senyum2~

Tahniah wat Rasdi (Ex AOCC) yang telah menamatkan zaman bujang beliau bersama pasangan Nor Akhma Salleh semoga berbahagia selalu dan kekal ke akhir hayat amin~~korang nampak cantik arini cm pengantin diraja hehe..

MAHA 2010 bestttt!!!


::MAHA 2010::

Welcome2^^

Tuan Umah

Abah dan My Sweet Sis~Illanyz

Iklan susu (baik tuk kesihatan ooo)



MAHA 2010 diadakan di MAEPS Serdang hingga Dis 2010..best mcm2 ader kat situ..mcm2 jenis lembu...kambing...arnab..kucen...rusa...burung dan pokok2 serta buah2an heee..smapai x tertgk la huhu..bertapa luasnya expo tuh irny rasa hanya sempat tgk 20% jer..penat jalan...dh la aritu hujan lak..sure basah la sebab payung x bawa..so sediakan payung sblm g sana ekk^^..pic masa kat expo tu bnyk sgt..so dpt letak siki jer la dlm blog kalau x 5 page lum tentu muat heeee...

::Warga MAHA 2010 aka VVIP hee::

Kucen penyet (nk ikut balik la tuh tgk2)

Nape irny ckp cmtu??huhu lembu pun pakai aircond tau haha...layanzz :-

Sesungguhnya anak itik nie bergitu gebuuuu huhuh geram tgk cm tau2 jer org expo tuh letak itik2 nie jauh dr pengunjung haha

Kambin nie siap ader make up artis lg tau,,der org tolong sikat lg..tgk la bertapa kemasnyaaa hihi

Lembu nie siap kipas air cond lg (pasni jd daging "steak" yer)

Arnab + kucen parsi kot

Nangka Gergasi nie RM3 skilo sape nk tanggung balik umah(sy x sanggup patah pinggang nanti)

Pegi kul 2 balik kul 12 huhu tu pun x bis pusing...=(...banyak lg pic kat FB xdpt post sini huhu~

Asam Pedas "Kaw"@ Kg Jijan

::Asam Pedas "KAW" kg Jijan::

Hari nie posting mkn2 hehe..arini abah ajak g mkn Nasi + Asam pedas 'KAW'..Menu best kat sini Nasi + Asam pedas ikan pari,ikan kembong,ikan lain2 heee...pastu ada me curry dan nasik ayam..dessert memang terbaik lah..dia nyer cendol dan ais kacang cawan besar hihi..lokasi kg Jijan, Sepang selangor^^..abah ckp GM/Manager2 MAHB selalu mkn kat situ so x semestinya bos2 nie mkn kat hotel 5 star ek heee..layann~~

::Desert::

Cendol (bole mkn 2 org huhu)

ABCDE (pun bole share 2 org^^)


Nasi + Asam Pedas (pekat kuahnya + pedas berasap lg huhu nangis mkn)

Nasi Ayam

Mee Kari

::Juri rasa heee::

Tuan tanah

Our S.Manager

Our house manager

hee
Kaw2 rasanya huhu pedassss,,,

Wednesday, November 24, 2010

First Giveaway - The Chronicles of Yaya

::The Chronicles of Yaya Contest::


JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA YAYA!!
GIVEAWAY INI DIBUAT SEMPENA HARI JADI YAYA 1 DISEMBER NANTI

SYARAT-SYARAT:
  1. Jadi follower saya
  2. Letakkan blog saya di list blog anda
  3. Buat satu entri pasal giveaway ni
  4. Tinggalkan komen di entry ini yang mengandungi
nama anda :
link entry :


HADIAH ialah 2 voucher tiket wayang
THE CHRONICLES OF NARNIA-THE VOYAGE OF THE DAWN TRADER
yang akan ditayangkan pada 9 Disember 2010!!
TARIKH TUTUP GIVEAWAY : 1 DISEMBER 2010

::Weeeeeeeeee best2::



Jom join contest..^^ irny firstime join blog contest nie huhu harap2 menang lah ek coz minat giler dgn citer nie hee...thanks to >>Cik yaya and HaPPy BirThdaY to u~~Semoga Panjang Umo Dan Murah Rezeki..

Jom >> Pameran MAHA 2010

::Pameran MAHA 2010::


Pameran MAHA Antarabangsa 2010 merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records.

Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Seramai 1.5 juta pengunjung dijangka melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA) 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang. Pameran MAHA 2010 dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MAHA adalah pameran pertanian terbesar Malaysia dan berjaya menarik minat 500,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan imejnya, MOA telah memajukan 100 hektar Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), sebagai lokasi kekal untuk pameran itu. MAEPS menawarkan kemudahan tempat perjumpaan, insentif, konvensyen dan pameran.
Dengan MAEPS sebagai lokasi tetap MAHA, ia diharapkan dapat menyaingi pameran pertanian terkemuka yang lain seperti Pameran Pertanian Diraja di England, yang telah dianjurkan sejak 100 tahun lepas.

#Jom..irny dan family nk g esk..26hb Nov 2010..mesti besttt..^^



Sunday, November 21, 2010

Tanda2 Org Lelaki Merajuk

::Lelaki Merajuk??::




a) Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

d) Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok
Macam tak pernah dpt rokok sethn..

soooo cute...=D
hehe..kalah perempuan merajuk ^^

Saturday, November 20, 2010

Air Asia X Promotion

::Air Asia X Promotion ::

AirAsia X akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Orly, Paris!yay

Bersedialah untuk jatuh cinta dengan Paris kerana AirAsia X akan tiba di Perancis tidak lama lagi!yayyy...

Paris ialah kota cinta, begitulah yang digambarkan dalam kebanyakan filem. Tetapi kota yang dihuni lebih 11 juta penduduk ini bukanlah sekadar bayangan keindahan yang tergambar dalam filem Hollywood. Di sebalik keasyikan aura cinta, tersedia sebuah bandar sibuk yang menyajikan pertunjukan kabaret Moulin Rouge yang lemah-gemalai, gereja besar Notre Dame yang aneh, monumen Arc de Triomphe yang tersergam megah, muzium seni Lourve yang menakjubkan dan menawan hati, serta tidak ketinggalan Menara Eiffel yang paling diingati dan sering dijadikan model cenderahati.


Keseronokan tersebut tidak terhenti setakat kegemilangan masa silam itu sahaja, malahan tarikan masa kini juga menanti di sini. Champs-Elysées ialah sebuah jalan di Paris yang menjadi buah mulut orang, dan kaki beli-belah di seluruh dunia pasti tidak dapat menahan godaan untuk melawati tempat ini dan berbelanja sakan. Sebut saja nama pereka dan jenama terbaik yang terlintas di benak anda dari serata Paris, Eropah, malah Asia; semuanya ada di sini daripada kafling hinggalah kereta. Nikmat beli-belah di Paris bukan hanya dinikmati oleh pengunjung ke kota ini, bahkan oleh penduduk Paris sendiri yang memang terkenal di Eropah sebagai warga yang pandai bergaya.

Haha yea2 jer promote cm dpt pegi heee..tp best la murah jer..irny dh survey dgn abah aritu ingat nk g korea tp sebab dh pegi aritu so x jd la..kalau nk pegi bole arr thn depan g Paris ,22hb nie baru bukak offer dia.. sooo esk leh skodeng2 lg dgn abah hehe..harap2 Paris will be our next family vacation ^^ aminnnn...

#arini ader rasa x best skit la..adess berpikir ja kerjanya otak nie..

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha Semua~

::Salam AidilAdha::


Salam AidilAdha semua kawan2..arinie irny keje..thn nie raya jer irny keje..xpe la itu pun salah satu pengorbanankan..=DInsyaallah kalau panjang umur thn depan irny leh sambut raya kat kg lak..dh lama rasanya x balik kg..huhu..


Tuesday, November 16, 2010

Sehari Sebelum Aidiladha..hihi

::Satu Hari Sebelum AidilAdha::

Dekat2 nk raya nie semua org bz nk g pasar beli barang nk masak..tp family irny slalu suka last2 minit beli barang..adessss..so sehari sebelum raya tuh bawa mama g pasar cari barang tuk masak ketupat dgn rendang (requested by Abah hehe) ingatkan xnk wat ape2 sebab hari raya tuh family nk g mancing..tp tiba2 lak nk wat ketupat hehe..(windu ketupat nenek kat kg tuh.huhu)..aritu irny keje ptg so pg bole la g pasar..pg2 dh kluar..sampai jerk at pasar makaih skali org beratur nk beli santan dh mcm nk beli tiket wayang lak..adesss..so xnk la tunggu kang sampai kul 1 kat situ lg..so g cari dkt Mydin Kota serimas lak..huhu skali santan abis lak kena tunggu kul12..sambil2 tuh g minum kat restoran As Salam..sarapan+lunch hehe 2 in 1..=D (maklumlah x sarapan2 lg..pasni nk g keje lak kul2)..dh jemu agaknya org Mydin tuh tgk kitorang nie ulang alik masuk tgk santan..huhu..kul 12 tu ader alhamdulilah…pastu kena beratur lak..panjang lak tuh..harap2 sempat balik sebab nk kena masuk keje ptg lak..kul 1 baru dpt balik umah..bawak kete pun dh mcm F1 hehe..

Pasar Salak Lama


Dah mcm nk beli tiket wayang dah hee

Mama gh memilih (abg yg jual tuh tgk jer smcm jer org amik gambar kedai)

::Restoran As Salam::

Breakfast + Lunch nie jer cukup la kan


Three Layer Tea F&N (sedap..^^)


#Akhirnya sampai ofis tepat2 kul3 nasib sempat punch card..heeee

Monday, November 15, 2010

Nyum2

::Nyummyyyyyyyyyyyyyyyy::

Our fav dish~
Stim alaaa Thai

Arinie abah request suh masak ikan stim ala thaii..aritu abah g mancing soo dpt la ikan besar2..fresh lagi tuh hehe..so dh la aritu g Shah Alam kul 9 pastu nk balik sampai umah kul 12..abah nk balik mkn kul 1..soo dalam masa kul sejam tuh sempat gk siap..hehe 2 org chef ader kat dapurkan haha..simple jer masak aritu..alhamdulilah walaupun masak kalut2 abisss tuu..=D plan nk g picnic kat Air terjun x tercapai lg huhu..winduu dgn Air terjun lak..bila nk g nieee abah??


#Abah request from ur daughter jom laaaaaa g mancing kat kelong tgh2 laut tuh =D

Our Final Project Paper~

in memory~

Biruu lak...nk Hitammmmm huhuk

Akhirnya kitorang nyer projek paper dah submit pada En hashim..thanks Norren...:)
Sorry En Hashim sepatutnya cover tu warna hitam tp org yg wat cover tuh ckp dia buta warna dan tgh der problem dgn awek (itu punya alasan pn ada ka?) huhu sooo jd la warna biru tua nie..(huh panas gak time tuh dh la seminggu baru nk siap..wat kat shah alam lak tuh.. pastu xjd seperti yg diinginkan lak..) nasib la lec trima kalau x huhu nth la...jauh2 pegi x leh nk submit on time kan..ape2 pun alhamdulilah lec trima..aminnn =)