Blogger Templates

Followers

My Shout~

Sunday, October 10, 2010

Adik Iqwal...=D

Info Adik Iqwal

SIAPA IQWAL...

IQWAL mula menampakkan bakat nyanyiannya ketika berumur 2 tahun.

Beliau tak henti henti menyanyi ketika dirumah, dalam kereta, di padang permainan dan dimana2 saja.

Sehingga beliau berumur 13 tahun, beliau telah menjuarai berpuluh puluh pertandingan nyanyian kategori terbuka / dewasa.

Lagu yang selalu membawa nya sebagai JUARA adalah,'Bunga Angkasa'dan'Sakinah' nyanyian'Sifu' nya, Ali MPIRE(dulunya dikenali sebagai,Ali TerrarossadanAli XPDC).

Ketika umurnya 13 tahun, beliau telah mendapat perhatian dari Pengarah Filem PuanErma Fatima.

IQWAL telah diundang untuk menjayakan kebanyakan konsert konsert yang dianjurkan oleh Puan Erma, termasuklah :

-'Masrah Hijrah'bersama Ramli Sarip, M.Nasir, MOHRAM dll., yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

-'Konsert Seroja' bersama Ramli Sarip, MOHRAM, Mawi dll, di Palace Of The Golden Horses selama 8 hari di bulan Ramadhan.

- Siaran Lansung'Ekspresi Lubnan'di RTM.

Dari situ bermula lah episod IQWAL sebagai anak seni.

Kemudian beliau telah diundang olehPuan Raihan Suleiman Palestineuntuk menjayakan'Konsert Nur'diIstana Budaya Kuala Lumpurselama 2 hari, juga bersama Ramli Sarip, Aishah, Mawi, Nash, Kump. Raihan dll.

Beliau juga telah dijemput oleh DBKL untuk membuat persembahan di'Konsert Orkestra KualaLumpur - Songs Of Asia'di Auditorium DBKL bersama artis artis dari Malaysia, Filipina, Indonesia, China dll, yang mana IQWAL sendiri telah menyampaikan 3 buah lagu, iaitu 2 lagu Thai dan 1 lagu Korea.

Ramai yang tidak tahu bahawa IQWAL dilahirkan dengan bakat semulajadi yang banyak diwarisi dari Ibubapa dan Datuknya.

Datuk nya, Khairuddin HjAhmad , dulunya seorang Guru dan kini merupakan seorang Pensyarah, yang banyak terlibat dgn seni dan sukan bolasepak, dimana beliau mempunyai bandnya sendiri di masa mudanya.

Berkebolehan bermain alat alat muzik dan menyanyi lagu lagu kegemarannya seperti Andy William, Perry Como, Tom Jones, Engelbert Humperdink dll, serta lagu lagu langgam, asli dan melayu dgn begitu baik.

Boleh dikatakan kesemua adik beradik di sebelah Datuknya mempunyai bakat dlm bidang nyanyian.

Kini Datuknya banyak melibatkan diri dlm bidang bolasepak dimana beliau merupakan Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Neneknya, Toh Suri Wati Puan Salasiah Din juga terlibat dalam sukan bolasepak, dimana beliau merupakan satu satunyaPengadil Bolasepak Wanita Yg Pertama Di Malaysia Dan Di Asia.

Ibunya, Normin Shah Khairuddinmerupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti seni IQWAL, adalah bekas penyanyi profesional yang pernah menyanyi di beberapa buah kelab eksklusif dan resort resort.

Ibunya juga berkebolehan bermain gitar, piano, keyboard dan bertanggungjawab mengajar Iqwal bermain alat alat muzik, vokal, persembahan, tarian dan memilih lagu lagu untuk IQWAL sehingga IQWAL mampu menyanyi dalam 13 bahasa, iaitu Spanish, Italy, Mexican Latin, Tagalog (Philipine), Arab, Thai, Korea, Jepun, Mandarin, Kantonis, Hindi dll.

Kini ibunya menjalankan perniagaan Pengurusan Majlis (Event Management) untuk konsert konsert dan salon kecantikan.

Ayah IQWALjuga merupakan seorang penyanyi Rock, yang pernah menyertai sebuah kumpulan Rock gergasi dan hebat hingga kini.Kini masih lagi aktif, menyanyi secara solo iaitu Mel wings.

Tapi sekadar bakat yg ada pada IQWAL, tidak cukup untuk menjaminkan beliau pergi ke tahap yang lebih tinggi jika bakatnya dibiarkan begitu sahaja.
Ia perlu digilap dengan baik.

Menyedari hakikat tersebut, ibu dan abahnya mengambil langkah menghantar beliau ke sekolah muzik profesional, disamping melatih beliau di studio dan di rumah.

Alhamdullillah, perjalanan seni IQWAL banyak dibantu oleh Kementerian dan Individu yang terlibat dalam Industri Seni Negara.



Sedap Adik Iqwal nyanyi lagu nie huhu....syahduu

No comments: