Blogger Templates

Followers

My Shout~

Monday, May 31, 2010

Takziah...

30 hb aritu kami sekeluarga dikejutkan dgn pemergian salah sorang anak kepada sepupu abah (allahyarham Ahmad Shahidi Adnan) terlibat dalam kemalangan..huhu rasanya baru jer jumpa masa raya aritu..jenazah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan terus dibawa ke rumah keluarga mangsa..semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini... dan semoga beliau ditempatkan bersama org2 yang soleh amin..

::ARKIB utusan : 30/05/2010::

2 tentera maut motosikal terbabas

PENAMPANG 29 Mei - Dua anggota tentera 5 Briged dari Kem Lok Kawi di sini, maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebuah papan tanda di Kilometer 21 Jalan Papar-Lok Kawi, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kedua-dua mangsa, Ahmad Shahidi Adnan, 24, dan Mohd. Asri Md. Yusof, 30, yang berasal dari Kedah, dikatakan memandu laju sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Madang Usat berkata, kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Lok Kawi tetapi terbabit dalam kemalangan itu. Kedua-duanya terhumban beberapa meter dari tempat kejadian dan mengakibatkan cedera parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Madang berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, untuk dibedah siasat.


Al - fatihah


No comments: