Blogger Templates

Followers

My Shout~

Monday, April 26, 2010

:: Tips Menghadapi ExaM ::

Huhu semakin dekat dgn tarikh peperiksaan, semakin tinggi pula rasa bimbang dan takut..x leh tido..cepat risau..pk2 24jam tanpa henti..aduh lagi 3 paper yg harus ditempuhi... skali semua dekat2 lak tarikhnya..tips2 dekat bawah nie irny jumpa dlm sebuah laman web..harap2 leh kurangkan segala rasa yang ada nie..

::TiPs MenghadaPi Exam::

- Jangan biarkan masalah peribadi mengganggu anda

Jika ada masalah di rumah atau teman, jangan fikirkannya kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda. Asingkan masalah belajar dengan masalah peribadi supaya anda boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang.

- Baiki kelemahan

Kelemahan dan kesilapan dalam sesuatu mata pelajaran perlu dibaiki supaya ia tidak berulang ketika menjawab soalan peperiksaan. Ia juga dapat membantu anda menjadi lebih yakin.

- Kurangkan aktiviti santai

Jika kebiasaannya anda sering menonton televisyen, bermain permainan video atau melayari internet, lupakan ia sebentar ketika peperiksaan semakin hampir. Jika ada kawan-kawan yang cuba mempengaruhi untuk turut sama dalam aktiviti ini, anda perlu berani mengatakan tidak.

- Jangan memberi tekanan kepada diri

Anda perlu tenang apabila menghadapi peperiksaan. Kawal diri agar tidak terlalu memikirkan mengenainya sehingga menjadikan anda panik dan menyebabkan segala-galanya tidak terurus.

- Pastikan kesihatan berada pada tahap terbaik

Pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya serta amalkan pemakanan sihat. Selain itu anda dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dalam sebarang aktiviti lasak yang mempunyai risiko kecederaan tinggi.

- Dapatkan sokongan keluarga

Sokongan, kerjasama serta perangsang daripada ahli keluarga amat penting untuk membantu anda belajar dengan baik dan berjaya dalam peperiksaan.

::Tip menghilangkan rasa panik ketika menduduki peperiksaan ::

- Berhenti sebentar dan duduk dalam keadaan tegak serta tenangkan fikiran.

- Jangan fikirkan kemampuan orang lain dan hanya fikirkan mengenai kemampuan anda untuk melakukan yang terbaik.

- Sekiranya gagal menjawab soalan yang dihadapi, jawab soalan lain yang lebih mudah. Ia boleh mengurangkan tekanan anda.

- Berdoa kepada Tuhan supaya anda dikurniakan ketenangan.

Semoga Semuanya berjalan dgn lancar...Aminnnn

No comments: