Blogger Templates

Followers

My Shout~

Monday, February 23, 2009

Doa Anak buat ibunya..

Mama..
Tabahkan hatimu menempuh segala onak dan ranjau kehidupan ini,
ketahuilah bahawa anakmu ini amat menyayangi dirimu,
Anakmu ini lah yg sering melihat air matamu,
Anakmu ini juga yg akan sentiasa bersamamu ketika suka dan duka,
Walau sebesar mana pun dugaan yang datang kita akan tempuhinya bersama,
Demi adik2,demi masa depan mereka...
Anakmu ini akan sentiasa mendoakan agar segala-galanya berakhir..
Kerana tidak sanggup lagi melihat airmata mu..
Kerana tidak sanggup melihatmu terluka lagi..

Ya allah,
kuatkanlah diriku ini..
Agar aku tidak nampak lemah didepan mama..
Agar aku tidak jatuh..
Kerana aku adalah satu-satunya harapan mama..
Kerana akulah pembawa semangatnya..

Ya allah,
Kau kabulkanlah doa2 kami,
Jauhkan kami dari malapetaka,
Bukakanlah pintu hati yg telah tertutup,
Semoga ianya akan kembali ke jalan yg benar..
Tunjukanlah keadilanmu..
Berikanlah pembalasan yg setimpal pada makhlukmu yg kejam itu.

Amin.

No comments: